Monday, June 05, 2006

9 Jenis Anak Setan

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yanglain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
  1. Zalituun
  • Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
  • Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

  • Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

  • Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

  • Berkawan baikdengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

  • Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalamkeseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

  • Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkanf itnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

  • (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KERUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk kerumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

  • Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

  • Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk (SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.

  • Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

  • Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampaiberlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan

  • Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan

  • Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolestrol tinggi.

chiow....

No comments: